Salam sejahtera kepada semua pengunjung Laman Rasmi SMK Tat Beng. Berikut adalah beberapa panduan untuk pengguna mengunjungi laman ini dengan lebih mudah. Laman ini dicipta khusus untuk memberi maklumat kepada pengunjung yang ingin mengetahui mengenai SMK Tat Beng. Terdapat beberapa pautan antaranya: Sejarah  ,  Misi & Visi  serta maklumat mengenai logo sekolah. Selain itu terdapat Carta Organisasi , maklumat mengenai guru-guru akademik dan kakitangan SMK Tat Beng.

Pengunjung juga boleh melihat koleksi gambar pemandangan lanskap sekolah dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dalam bentuk gambar dan video. Maklumat mengenai pencapaian sekolah juga dipaparkan termasuk sijil-sijil kecemerlangan dalam peperiksaan. Pencapaian dalam Ko-Kurikulum juga dipaparkan untuk maklumat pengunjung.

Laman ini juga membari panduan lokasi dan alamat kepada pengunjung yang baru pertama kali ke sini.

Laman ini akan sentiasa dikemaskini dan sehingga sekarang, proses pengemaskinian masih dijalankan memandangkan ia masih baru. Segala idea dan sumbangan pendapat amat diperlukan. Harap dapat diperolehi melalui komen dan pendapat yang boleh dihantar melalui mesej terus atau email kepada kami.

Dan jangan lupa undi laman ini ! :)

Sekian terima kasih

Email komen/pertanyaan anda di smktbeng@1bestarinet.yes.my