ict

Admin mewakili seluruh warga SMK Tat Beng mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengekalkan web sekolah www.smktatbeng.edu.my sebagai web bermaklumat . Jika di ‘search’ melalui Google, SMK Tat Beng adalah antara yang teratas malah ia┬ámudah di cari dan mudah dijelajahi.

Bagi pihak kami, angka pengunjung yang mencecah 200 ribu adalah angka yang besar kerana walaupun lokasi sekolah  bukan terletak dilokasi bandar tetapi budaya maklumat secara talian masih baik dan menjadi kebanggan kami apabila pelajar dan bekas pelajar sekolah ini terus menyokong dengan terus melayari apa sahaja maklumat yang ada didalamnya.