AKTIVITI

Apa itu FROG-VLE?

  Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.   Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE(Virtual Learning Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.   Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
Read More

Mesyuarat Kurikulum

Perhatian kepada semua guru, Mesyuarat kurikulum akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh: 9 Oktober 2012 ( Selasa) Masa : 2 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Tat beng   Kehadiran adalah diwajibkan. Harap Maklum.
Read More

Maklumat baru, gaya baru !

Bersedia untuk menghadapi generasi bermaklumat tanpa sempadan dengan gaya baru. Bersedia atau tidak, kita sudah memasuki dan sudah menghadapi sebahagiannya. Pelbagai kerja sudah diganti @ ditambah dengan sesuatu yang belum kita hadapi sebelum ini. Ada masa memudahkan..ada juga masa menyusahkan...bergantung kepada minat, masa atau keperluan individu terbabit. Warga SMK tat beng juga tidak terkecuali dengan keadaan tersebut. Satu persatu kerja sudah digantikan dengan gaya yang berlainan walaupun dalam persekitaran yang masih sama. Untuk makluman, tidak lama lagi segala maklumat dan pekeliling untuk guru-guru pun akan disalurkan melalui email dan elektronik tanpa melihat kertas atau dokumentasi. Tidak kira sekolah luar bandar atau sekolah didalam bandar..ia tetap akan berlaku! Oleh itu..bersedialah dengan senyuman walaupun sepahit mana ia akan datang yang penting visi dan misi tetap berjalan seiring dengan waktu yang berlalu...terus maju…
Read More

Tahniah ! Laman SMK Tat Beng terima trofi web master terbaik – terima kasih yeahost !

    Baru-baru ini, laman SMK Tat Beng telah dipilih untuk menerima Trofi untuk Web Master Terbaik dalam Bengkel 2U-School anjuran Yeahost . Ia satu penghargaan yang besar dan sebagai pencetus semangat untuk laman ini terus bergerak aktif dalam menyampaikan maklumat dan menjadi medium kepada warga SMK Tat Beng tidak kira yang masih berkhidmat/belajar atau tidak lagi  di sekolah ini. Walaupun laman ini masih dalam peringkat pembinaan tetapi yang penting ia akan dikemaskini dan akan ditambah dengan fungsi-fungsi laman web yang memudahkan dan berfaedah untuk semua. Yang paling penting ia mestilah mendapat kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong agar laman ini terus menjadi ikon kepada kemajuan era teknologi walaupun diluar bandar sejajar dengan saranan Kementerian Pelajaran agar budaya pembestarian sekolah dapat dijalankan dengan sempurna dan terbaik !   Terus maju SMK Tat Beng !
Read More

1111 hit counter sejak promosi semalam!

   :: click imej untuk besarkan:: Baru semalam di umumkan dalam facebook tetapi sudah ada 1111 hit counter yang terpapar. Satu perkembangan yang baik walaupun belum diumumkan sepenuhnya terutama pada pelajar sekolah secara rasmi.. Harap mendapat kerjasama lagi kepada semua pengunjung terutama yang berkaitan dengan warga SMK Tat Beng. Teruskan melayari kerana laman akan sentiasa dikemaskini dan akan ditambah dari semasa ke semasa. Dan jangan lupa teruskan mengundi ! SUPPORT SMK TAT BENG !
Read More

Bermulanya laman web rasmi SMK Tat Beng.edu.my

Hari ini bermulanya pembinaan laman web rasmi SMK Tat beng.edu.my. Sebelum ini hanya menggunakan domain tumpangan tetapi dengan adanya domain yang rasmi ini maka kerja-kerja pengemaskinian laman akan lebih kerap dijalankan untuk memastikan segala aktiiviti dan maklumat dapat disampaikan bukan sahaja kepada warga SMK Tat Beng tetapi untuk seluruh dunia !
Read More