Para guru dan kakitangan SMK Tat Beng telah diraikan dengan majlis jamuan makan malam yang telah diadakan diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort. Majlis yang diadakan setiap tahun itu memberi peluang kepada semua guru dan kakitangan beramah mesra dan menjamu hidangan yang istimewa disertai dengan cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah yang menarik. Semoga majlis ini dapat diteruskan dengan lebih mantap lagi di tahun yang akan datang.