Hari guru peringkat sekolah SMK Tat Beng berlangsung dengan meriahnya dengan pelbagai acara yang diatur dan disusun untuk memberikan keceriaan terutama kepada guru-guru sebagai mengenang jasa dan penat lelah memberi yang terbaik untuk anak murid. Program yang telah diatur oleh BAKGUS ( Badan Kebajikan Guru-Guru dan Staf SMK Tat Beng) sepanjang hari tersebut antaranya persembahan pelajar termasuk tarian,drama dan nyanyian, perlawanan bola tampar dan bola jaring antara guru dan pelajar, sukaneka(indoor) nyanyian guru beramai-ramai dan acara pemotongan kek. Diakhir acara, guru dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh BAKGUS sebagai penutup acara. Syabas kepada semua pihak kerana menjayakan sambutan ini dan semoga ia menjadi satu penghargaan untuk guru terus menabur bakti kepada pelajar-pelajar pada masa akan datang. 

 

SELAMAT HARI GURU ! 

 

Gambar-gambar sepanjang sambutan hari guru dapat dilihat di sini!

@ layari facebook smktatbeng sg nyior  di sini!