Pada 18 Julai 2014 , pihak sekolah telah mengadakan Hari Komunikasi yang dihadiri oleh ibu bapa pelajar masing-masing. Ia adalah bertujuan untuk menyampai maklumat terkini sekolah termasuk Program Sarana Ibu bapa Sarana Sekolah yang sedang dijalankan. Ibubapa yang hadir mendengar penerangan dan selepas itu bergerak ke kelas anak masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan dan status terkini peperiksaan semasa.