Ikrar Guru & Ikrar Pelajar

Ikrar Guru SMK Tat Beng

Bahawasanya kami, guru-guru SMK Tat Beng berikrar dengan penuh iltizam akan terus mendukung cita-cita murni dalam menyediakan kecemerlangan pendidikan kepada anak didik tanpa mengira batas agama dan bangsa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kami akan sentiasa komited dan berdedikasi dalam menyemai bakti kepada setiap anak didik yang telah diamanahkan kepada kami. Kami juga akan sentiasa menyalurkan keupayaan dan kebolehan diri dalam merealisasikan visi sekolah dan jabatan serta memartabatkan imej perkhidmatan.

Ikrar Pelajar SMK Tat Beng

Bahawasanya kami, murid-murid SMK Tat Beng berikrar untuk memikul tanggungjawab menuntut ilmu pengetahuan ke arah kecemerlangan akademik, bergiat aktif dalam bidang kokurikulum, mempamerkan sahsiah terpuji dan menjaga serta meningkatkan imej sekolah.