Kejohanan Padang dan Balapan peringkat SMK Tat Beng telah berlangsung pada hari Sabtu 28 Jun 2014 di padang SMK Tat Beng. Acara dimulakan dengan perbarisan dan lintas hormat oleh unit-unit badan beruniform serta kontinjen rumah-rumah sukan. Kemudian disusuli dengan lafaz ikrar kejohanan. Pengetua membuat ucapan aluan dan diakhiri dengan perasmian oleh En. Syamsul Alias ( tetamu khas jemputan) . Pelbagai acara telah dipertandingkan termasuk acara larian. Untuk guru dan ibu bapa juga di sediakan acara. Kejohanan diakhiri dengan acara akhir tarik tali yang dimenangi oleh rumah hijau. Tahniah untuk semua yang mendapat johan dalam semua acara dan kepada yang kalah jadikan sebagai perangsang untuk berusaha dengan lebih baik pada tahun hadapan.