Keputusan perlawanan bola sepak telah memihak kepada pemain bola sepak bawah 15 SMK Tat Beng dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada guru tetapi penghormatan harus diberikan kerana sanggup turun ke padang sebagai menyokong usaha meningkatkan mutu perlawanan bola sepak sekolah. Semoga dengan banyaknya lagi perlawanan akan dapat memberi banyak pengalaman terutama kepada pemain sekolah yang akan memulakan perlawanan sebenar tidak lama lagi. Teruskan usaha dan tahniah diucapkan kepada semua pemain.

 

Untuk melihat gambar-gambar perlawanan, sila klik disini !