Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana SMK TAT BENG telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Pencapaian Peningkatan GPS Tertinggi. Penghargaan ini merupakan bukti kejayaan dan peningkatan berterusan bersama SMK Tat Beng dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan awam PMR dan SPM selama enam tahun saya berada di sekolah ini. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang baik.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua guru dan staf SMK Tat Beng yang sentiasa berusaha bertungkus-lumus bagi merealisasikan matlamat sekolah.

 

(Hj Aizuddin Hj Husin – Pengetua SMK Tat Beng

 

Untuk melihat gambar, sila KLIK DISINI !