Latihan penggunaan sistem pembelajaran FROG VLE telah diadakan pada sabtu lepas bertempat di makmal komputer SMK Tat Beng. Latihan ini bertujuan mengukuhkan pengetahuan guru-guru dalam melengkapkan objektif penggunaan sistem pembelajaran itu disekolah. Guru-guru telah memberikan kerjasama yang baik dan dilihat begitu berminat mengenainya. Walaupun begitu, gangguan internet membantutkan sedikit kelancaran kursus. Guru-guru tetap bersemangat mengikuti pembelajaran dan dilihat begitu berusaha dan bersabar menanti proses loading bagi setiap kerja yang dilakukan.Syabas ducapkan! Diharapkan semangat ini akan berterusan dan diharapkan sistem pembelajaran ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

Gambar-gambar lain sila klik di sini !