Majlis Hari Anugerah pada tahun ini berlangsung dengan meriahnya kerana diadakan bersama-sama semua pelajar bagi meraikan kecemerlangan PMR,SPM dan STPM yang baru diumumkan tahun ini. Ia diadakan serentak dengan kenduri kesyukuran yang dijayakan oleh semua warga SMK Tat Beng. Perasmian dilakukan oleh Ketua Nazir Cawangan Taiping iaitu Tn Hj Zulkifli bersama-sama pegawai PPD dan pengetua-pengetua dari sekolah lain. Gambar-gambar sepanjang majlis dan persiapan boleh dilihat dibawah. Pihak sekolah mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

 

[portfolio_slideshow]