Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri pada hari Sabtu 9 Ogos 2014 yang diuruskan oleh BAKGUS SMK Tat Beng. Majlis ini bertujuan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara warga SMK Tat Beng dan juga untuk meraikan sambutan Aidilfitri. Pelbagai hidangan dan juadah disediakan antaranya sate, lemang, rendang, mee kari, bihun dan mee sup, laksa dan pelbagai air minuman. Antara tetamu jemputan adalah PIBG dan ketua-ketua jabatan yang terdekat. Pengetua juga tidak ketinggalan menyampaikan duit hari raya kepada anak-anak tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Semoga ia dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.