Bersedia untuk menghadapi generasi bermaklumat tanpa sempadan dengan gaya baru. Bersedia atau tidak, kita sudah memasuki dan sudah menghadapi sebahagiannya. Pelbagai kerja sudah diganti @ ditambah dengan sesuatu yang belum kita hadapi sebelum ini. Ada masa memudahkan..ada juga masa menyusahkan…bergantung kepada minat, masa atau keperluan individu terbabit. Warga SMK tat beng juga tidak terkecuali dengan keadaan tersebut. Satu persatu kerja sudah digantikan dengan gaya yang berlainan walaupun dalam persekitaran yang masih sama. Untuk makluman, tidak lama lagi segala maklumat dan pekeliling untuk guru-guru pun akan disalurkan melalui email dan elektronik tanpa melihat kertas atau dokumentasi. Tidak kira sekolah luar bandar atau sekolah didalam bandar..ia tetap akan berlaku! Oleh itu..bersedialah dengan senyuman walaupun sepahit mana ia akan datang yang penting visi dan misi tetap berjalan seiring dengan waktu yang berlalu…terus maju SMK TAT BENG…       admin 🙂