PELANCARAN TABUNG GAZA PALESTIN PERINGKAT SMK TAT BENG
on 03/09/2014 at 8:52 AMBaru-baru ini, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan bantuan Tabung Gaza Palestin peringkat SMK Tat beng bagi menunjukan sikap prihatin seluruh warga SMK Tat Beng dalam membantu penderitaan rakyat Gaza yang sedang dilanda krisis peperangan. Pelancaran tabung Gaza telah disempurnakan oleh Tn Hj Aizuddin selaku pengetua SMK Tat Beng. Selain objektif untuk membantu, tabung gaza ini juga dapat memupuk semangat toleransi dan prihatin serta menerapkan nilai murni dikalangan warga sekolah. Walaupun bantuan ini tidaklah sebesar mana tetapi yang paling penting ialah semangat cintakan keamanan dan bencikan peperangan boleh disampaikan secara tidak langsung. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu rakyat Palestin dalam mengharungi kehidupan mereka yang seterusnya.