Pada pagi Isnin, 1 Julai 2013, Tuan pengetua telah berbesar hati untuk menyampaikan wang saguhati kepada para pekerja termasuk pembersih,pekebun dan bahagian keselamatan sekolah. Hasil daripada sumbangan guru melalui Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BAKGUS) hasrat murni ini dapat dilaksanakan. Ini menunjukkan keprihatinan pihak sekolah dalam menjaga kebajikan semua warga SMK Tat Beng. Wang yang disumbang guru adalah hasil daripada anugerah yang diterima iaitu Anugerah Tawaran Baru Pengetua yang telah diumumkan baru-baru ini. Semoga dengan sumbangan ini memberikan lebih keberkatan dan dilimpahi dengan rezeki yang lebih baik untuk semua warga SMKTB pada masa akan datang.

 

[portfolio_slideshow]