PENILAIAN SURAU SMK TAT BENG PERINGKAT KEBANGSAAN
on 14/11/2014 at 10:55 AMPada 11 November 2014 (Selasa) , SMK Tat Beng telah didatangi oleh 2 orang penilai dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang hadir untuk menilai surau untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Pihak sekolah terutama panitia P. Islam telah bersedia sejak dari awal untuk dinilai termasuk bahan-bahan inovasi yang telah dipersiapkan sebelum ini. Semoga usaha ini membuahkan hasil seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.