Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menzahirkan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 2013-2025 yang akan dilaksanakan secara komited oleh kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenalpasti 25 inisiatif utama yang sedang giat dijalankan oleh bahagian-bahagian yang dipertanggungjawabkan dan salah satu daripada inisiatif tersebut ialah penghasilan video dan portal e-GURU bagi tujuan meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam bilik darjah.

 

Mulai 10 April 2013, portal e-GURU KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-GURU dapat diakses secara atas talian dengan melayari pnp.moe.gov.my/eguru.

 

Video e-GURU adalah video Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berlandaskan Standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap video e-GURU menunjukkan dengan jelas pelbagi kemahiran pedagogi guru dalam bilik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi menambah baik PdP guru.

 

Sila layari disini untuk melihat video E-GURU yang dibuat oleh KPM untuk membantu guru-guru dalam PdP.