Majlis penyerahan netbook 1Malaysia telah disempurnakan oleh pengetua SMK Tat Beng semalam. Penyerahan yang melibatkan seramai 55 orang pelajar dibuat adalah kali keempat selepas sambungan kepada penyerahan yang telah dibuat sebelum ini. Pemilihan pelajar untuk penerima netbook dibuat berdasarkan prestasi pelajaran dan taraf hidup pelajar tersebut. Bagi penerima netbook ini, pihak sekolah amat berharap agar dapat digunakan ke arah kebaikan dan untuk pembelajaran. Diharapkan program bantuan ini dapat membantu para pelajar meningkatkan pestasi dan pengetahuan dalam semua bidang yang diceburi.

 

[portfolio_slideshow]