Pada 16 Ogos 2014, Kembara Rakan Surau SMK Tat Beng telah mengadakan program gotong-royong membersihkan Masjid Padang Gajah, Trong. Aktiviti ini adalah anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam SMK Tat Beng dan Ahli Jawatankuasa Masjid Padang Gajah. Keunikan dan kelainan aktiviti ini adalah kerjasama dan kesungguhan Pengetua, para guru dan pelajar yang sanggup berbasikal sejauh 5 kilometer bermula dari pintu pagar SMK Tat Beng hingga ke Masjid tersebut.
Antara objektif program ini adalah untuk menanamkan sikap kerjasama antara guru dan pelajar dalam melakukan program yang bermanfaat. Ia juga memberi semangat cinta dan sayang kepada kebersihan dan menanamkan sifat kasih dan sayangkan masjid sebagai tempat beribadat dan rumah Allah.
Semoga program ini dapat diteruskan dimasjid yang lain dan semoga amal mereka diterima Allah.