Hari ini tanggal 5 November 2012 adalah permulaan detik percaturan antara keinginan untuk berjaya dengan tidak dalam menghadapi peperiksaan SPM danSTPM. Tidak dinafikan ada segelintir pelajar yang masih belum bersedia dan masih tercari-cari hala tujuan dan target keputusan yang bakal diterima kelak. Apa yang pasti, masanya sudah tiba dan sudah pasti apa yang diusahakan itulah yang akan bakal diluahkan sepanjang peperiksaan. Bagi pihak warga SMK Tat Beng terutama para pendidik sudah pasti meninginkan sesuatu buah tangan yang berbaloi selama usaha mereka mendidik selain meng "insan" kan murid2 semuanya tanpa ada yang terkecuali. Selebihnya, berserah dan bertawakkal sebagai jalan terakhir dan memohon keberkatan yang sudah pastinya teras utama dalam memastikan ilmu bukan hanya gah di atas kertas tetapi lebih hebat dijiwa dan akal. Diiringi doa dan harapan semoga SMK Tat Beng meneruskan usaha memartabatkan ilmu ke persada yang lebih tinggi. 

 

– SMK Tat Beng terus berjaya!-