Berita baik dan sekalung tahniah untuk semua warga SMK Tat Beng kerana admin baru sebentar tadi mendapat maklumat bahawa sekolah telah mendapat ranking terbaru kedudukan keseluruhan sekolah ( Sekolah Menengah ) seluruh Malaysia yang mana SMK Tat Beng telah melangkau hampir 400 perbezaan kedudukan berbanding ranking sebelum ini. Ranking terbaru ialah sekolah kita berada di tangga 1075 daripada 2276 jumlah Sek Men di Malaysia berbanding 1488 daripada 2248 jumlah keseluruhan untuk tahun sebelum itu. Selain itu, SMK Tat Beng juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Luar Bandar Terbaik bagi seluruh negeri Perak ( Sek. Men) untuk pencapaian SPM baru-baru ini. Maklumat lanjut akan diketahui dalam masa terdekat. Harap maklum.