Bencana banjir yang telah melanda hampir keseluruh negeri Malaysia telah memberi kesan yang mendalam dari segi emosi dan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Berikutan itu, pihak sekolah juga tidak terkecuali dalam memberi kerjasama membantu sedikit sebanyak mangsa-mangsa yang mengalami bencana tersebut. Bagi guru-guru yang mempunyai keluarga terutama di pantai timur, sudah tentu mendapat tempias bencana seterusnya menambahkan rasa ehsan warga smk tat beng dalam membantu meringan beban. Oleh itu, pihak sekolah telah mengadakan kutipan derma dari segi wang ringgit dan barang-barang keperluan yang akan disampaikan terus ke tempat bencana tersebut berlaku. Antara lokasi yang dipilih untuk konvoi penghantaran bantuan tersebut ialah Gua Musang dan Kuala Kangsar. Tuan pengetua bersama-sama beberapa orang guru telah mengikuti konvoi ke daerah tersebut. Semoga dengan usaha itu dapat sedikit sebanyak meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dan semoga Allah memberi pengajaran kepada kita semua dalam mensyukuri nikmat yang kita kecapi selama ini.

740107267_70939 740107578_49580 740107578_61451 740107605_68394 740107674_75408 740107675_50145 740108082_71433 740108108_68693 740108108_69135 740108385_60984 740108424_73621 740108589_73941 740108594_87495 740108607_74882 740108610_68447 740108632_74709 740108657_71156 740108666_82391 740108672_74456 740108725_71537 740108788_69134 740108818_72140 740108842_69035 740108863_77543 740108977_65047 IMG-20141223-WA0009 IMG-20141223-WA0014 IMG-20141223-WA0015 IMG-20141223-WA0019 IMG-20141223-WA0020 IMG-20141223-WA0021 IMG-20141223-WA0022 IMG-20141223-WA0023 IMG-20141223-WA0024 IMG-20141223-WA0025 IMG-20141223-WA0027 IMG-20141223-WA0053 IMG-20141227-WA0004 IMG-20141227-WA0032 IMG-20141227-WA0038 IMG-20141227-WA0044 IMG-20141230-WA0000 IMG-20141230-WA0002 IMG-20141230-WA0003 IMG-20141230-WA0004 IMG-20141230-WA0008 IMG-20150102-WA0010 IMG-20150105-WA0019