Tahniah dan tahniah. Itu antara ungkapan yang terucap dan paling sesuai untuk pencapaian sekolah sepanjang Disember. Pertamanya diucapkan tahniah kepada SMK Tat Beng kerana menjadi JOHAN pengimarahan surau ( sekolah menengah ) peringkat daerah Larut Matang dan Selama. Ini adalah satu pencapaian yang hebat kerana sekolah masih mampu menjadi johan walaupun surau tidaklah sehebat dan sebesar surau-surau disekolah lain iaitu hanya menggunakan blok kelas sebagai surau tetapi mampu untuk menghidupkan aktiviti dan program yang bermanfaat. Hasil kerjasama para guru terutama AJK Surau SMK Tat beng dan sokongan tuan pengetua maka ini lah hasilnya. 

     

 

Seterusnya adalah ucapan tahniah atas pencapaian PMR oleh pelajar SMK Tat Beng 2012 sehingga dianugerah Kecemerlangan PMR 2012 bagi kategori peningkatan pencapaian kualiti, kuantiti dan GPS. Seramai 10 orang pelajar mendapat keputusan 8A. Ulasan selengkapnya akan di berikan oleh Tuan Pengetua dan akan disiarkan di laman ini  tidak lama lagi. Apa-apa pun diucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan bagi yang kurang dan tidak cemerlang dinasihatkan agar tidak putus asa dan menjadikan ia sebagai iktibar untuk berusaha dengan lebih baik untuk SPM nanti. Ingatlah bahawa "KEGAGALAN YANG SEBENAR IALAH APABILA ANDA BERHENTI DARIPADA BERUSAHA".

Teruskan usaha semua mencapai kecemerlangan !

 

:: Gambar-gambar boleh dilihat di bahagian Galeri