Baru-baru ini, laman SMK Tat Beng telah dipilih untuk menerima Trofi untuk Web Master Terbaik dalam Bengkel 2U-School anjuran Yeahost . Ia satu penghargaan yang besar dan sebagai pencetus semangat untuk laman ini terus bergerak aktif dalam menyampaikan maklumat dan menjadi medium kepada warga SMK Tat Beng tidak kira yang masih berkhidmat/belajar atau tidak lagi  di sekolah ini. Walaupun laman ini masih dalam peringkat pembinaan tetapi yang penting ia akan dikemaskini dan akan ditambah dengan fungsi-fungsi laman web yang memudahkan dan berfaedah untuk semua. Yang paling penting ia mestilah mendapat kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong agar laman ini terus menjadi ikon kepada kemajuan era teknologi walaupun diluar bandar sejajar dengan saranan Kementerian Pelajaran agar budaya pembestarian sekolah dapat dijalankan dengan sempurna dan terbaik !

 

Terus maju SMK Tat Beng !