(Petikan ucapan Pengetua SMK Tat Beng)

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, atas usaha semua warga sekolah Tawaran Baru kepada Pengetua (New Deals) 2012 menjadi  milik SMK Tat Beng.

Di ruangan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMK Tat Beng atas penganugerahan Tawaran Baru kepada Pengetua (New Deals) 2012.  Penganugerahan ini telah meletakkan sekolah kita dalam senarai 15 buah sekolah di negeri Perak yang telah diumumkan sebagai penerima anugerah berprestij daripada Kementerian Pelajaran ini.  Saya berasa sungguh bertuah atas pemilihan ini, yang sudah pastinya  kita peroleh  hasil kerjasama  mantap  semua  warga sekolah.  Lantaran itu, saya mengharapkan agar warga sekolah dapat menjadikan anugerah ini sebagai satu perangsang dalam kita mengorak langkah untuk terus memastikan SMK Tat Beng berupaya mencipta kecemerlangan demi kecemerlangan.  Saya juga berharap agar setiap usaha yang kita salurkan untuk sekolah, akan  sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Jadikanlah anugerah ini sebagai pendorong untuk kita meningkatkan prestasi sekolah ke mercu kegemilangan.   Sesungguhnya, kerjasama, iltizam, dan keyakinan yang kita pahatkan bersama,  pasti akan mengukir kejayaan demi sekolah yang kita sayangi kerana bersatu pastikan kita sentiasa teguh.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

Senarai 15 sekolah terbaik negeri Perak yang mendapat New Deals daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 2012