:: Lihat Analisis SPM 2012, Sila klik disini ! 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Pada kesempatan ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kejayaan dalam SPM 2012 yang amat membanggakan.  Pencapaian 94.02 peratus merupakan satu lompatan saujana berbanding pencapaian 87.04 peratus tahun lalu.  Pencapaian Gred Purata Sekolah(GPS), iaitu 4.96 telah melonjak hingga berjaya melepasi GPS peringkat negeri dan kebangsaan serta merupakan satu-satunya sekolah luar bandar di Daerah Larut Matang dan Selama yang berjaya melebihi paras GPS kebangsaan.  Pencapaian  kualiti dengan 5 orang pelajar mencapai 8A, seorang pelajar memperoleh 7A, 7 orang pelajar mencapai 6A dan 7 orang pelajar memperoleh 5A telah membuktikan bahawa sekolah luar bandar juga mampu bersaing dengan sekolah-sekolah elit di bandar.   Jika ditinjau pada tahun 2010, kita juga pernah mencapai GPS, iaitu 5.80 terbaik bagi sekolah luar bandar.  Sesungguhnya, pencapaian ini membuktikan bahawa kita berupaya meraih kecemerlangan dan bersaing secara positif dengan sekolah-sekolah di bandar.

Pihak sekolah juga merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kejayaan pelajar-pelajar ini diharap menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain menggiatkan usaha agar berupaya mencapai kecemerlangan.  Pelajar-pelajar diingatkan agar berhati-hati membuat pemilihan dengan bersandarkan minat dan kelulusan.  Sekiranya  pelajar-pelajar tidak mendapat tempat di sebarang institusi dan universiti, pihak sekolah mengalu-alukan pelajar menyambung pengajian di tingkatan enam di sekolah ini.

Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua warga sekolah, meliputi guru-guru, staf-staf  sokongan,  pengawal keselamatan, pihak kantin, PIBG dan pihak yang terlibat dalam menjaga kebersihan sekolah yang saling bekerjasama menyalurkan usaha serta sumbangan untuk memastikan kejayaan anak didik di sekolah ini. Kejayaan ini juga membuktikan kemampuan sekolah dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti, walaupun hakikatnya pelajar-pelajar ini merupakan pelajar-pelajar luar bandar yang serba kekurangan.

Semoga kejayaan dan penganugerahan Sijil Lompatan Saujana dalam SPM 2012 ini, bakal membakar semangat warga sekolah untuk meneruskan usaha tanpa mengenal jemu dan putus asa, tanpa mengenal cabaran agar kita mampu meraih kejayaanberganda.  Yakinlah kita boleh, dan SMK Tat Beng pasti akan terus melangkah ke hadapan jika kita terus menyemat ungkapan keramat ini dalam jiwa:

 

“ Give your heart to your students as you would do the same to your own children”

“Let us work as a team for the success and glory of SMK Tat Beng”.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

[portfolio_slideshow]